Sabtu, 3 Januari 2009

Kemalangan Jalanraya Apa Puncanya

Kemalangan demi kemalangan jalanraya kedengaran dalam berita. Pelbagai usaha dan tindakan yang telah dilakukan bagi mengelakkannya. Namun nampaknya tiada hasilnya. Baru-baru ini kerajaan baru sahaja mengenakan syarat untuk mewajibkan penggunaan tali penggang keledar untuk penumpang belakang. Atas alasan kajian yang dibuat peratusan kematian penumpang belakang dapat dikurangkan dengan mengenakan tali pinggang belakang. Namun yang menjadi persoalan adakah itu memberi peratusan yang besar. Pada hemat dan pandangan saya apa yang lebih penting ialah menitikberatkan tentang disiplin pemandu itu sendiri. Selagi emosi dan disiplin pemandu tidak diubah ianya tidak memberi apa-apa erti. Oleh itu program atau tindakan yang berkaitan dengan disiplin dan emosi pemandu harus dipertingkatkan. Pihak berwajib harus memikirkan apakah kaedah yang paling berkesan untuk mendidik agar pemandu-pemandu di jalanraya akan lebih berdisiplin di jalanraya tidak mengira waktu. Asal sahaja berada di jalanraya pemandu harus beremosi stabil dan tidak mudah melenting andai ada pemandu lain yang bersikap kurang ajar. Atau kenakan tindakan yang memalukan andai memandu cara yang kurang sopan yang boleh membahayakan nyawa orang lain. Walaupun apa persoalannya, yang penting adalah pada diri pemandu itu sendiri bukannya terletak pada penguatkuasaaan undang-undang. Disiplinkan diri dan jaga emosi sebelum memegang setering kereta dan mulakan perjalanan. Jangan susahkan orang orang lain kerana kelalaian dan kealpaan diri sendiri, pentingkan diri dan emosi yang tidak stabil.