Selasa, 18 November 2008

Bahasa Melayu dalam Matematik dan Sains

Baru-baru ini telah diumumkan keputusan UPSR 2008. Keputusan yang membanggakan kalau dilihat dari segi peratusan dan angka. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris berjaya. Itu kalau diukur dari segi angka dan peratusan. Tapi apakah ini menjadi ukuran yang boleh dijadikan keputusan untuk meneruskan program tersebut. Perlu diingat berapa ramai lagi pelajar yang tidak berjaya yang mana secara langsung akan menyebabkan ramai pelajar yang tercicir dalam arus pendidikan dalam negara ini.

Sememangnya tidapat dinafikan bahawa untuk menguasai ilmu terutama yang berkaitan dengan sains dan teknologi amat memerlukan kemahiran dalam bahasa Inggeris. Ini adalah kerana kebanyakan pengkaji dan sumber ilmu tersebut berasal dari barat yang kebanyakkannya menggunakan bahasa Inggeris. Untuk berjaya dan menjadi pakar dalam bidang tersebut mahu tidak mahu bahasa Inggeris perlu dikuasai dan penghayatan terhadap bahasa tersebut amat perlu supaya dapat memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Oleh itu penitikberatan kepada pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris amat wajar dan patut dijalankan oleh pihak yang berwajib supaya negara mempunyai pakar dalam bidang-bidang tersebut tanpa perlu bersandar kepada pakar luar.

Namun begitu dalam keghairahan untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang ini kita juga jangan lupa apa yang akan berlaku kepada mereka yang tidak dapat menguasai ilmu tersebut. Sebagai contoh seorang pelajar yang mula belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah tetapi dirumahnya sememangnya merupakan penutur asli bahasa Melayu hanya dapat menghafal formula tanpa memahami konsep yang sebenar. One plus one becoming two. Perkatan itu dapat dihafal tetapi tidak memahami konsep tambah yang sebenar, dia mungkin hanya tahu jawapannya tetapi tidak tidak tahu proses tersebut. Ini akan menyebabkan apabila semakin tinggi ia belajar semakin tidak faham dan akan menyebabkan ia akan berasa bosan dan akan melakukan aktiviti ponteng kerana sekiranya dia berada dalam kelas dia akan menjadi mangsa guru kerana tidak faham.

Kita seharusnya memikirkan tentang perkara-perkara yang sedemikian kerana adalah tidak adil sekiranya kita hanya membanggakan pelajar yang mendapat kecemerlangan tetapi pelajar yang tidak mendapat kecemerlangan akan diabaikan. Oleh itu pada hemat saya PPSMI ini perlu diteruskan tetapi perlu ada saringan diperingkat sekolah rendah. Ini bermakna di sekolah rendah pelajar perlu belajar prinsip asas dalam bahasa Melayu dan kemudian apabila memasuki sekolah menengah perlu dibuat saringan agar pelajar yang akan menjadi pakar dalam dalam satu bidang itu akan dapat menerusi pembelajaran dalam bahasa yang diperlukan. Bagi pelajar yang tidapat melepasi saringan tersebut akan terus diajar mengikut bahasa Melayu supaya mereka sekurang-kurangnya akan dapat memanfaatkan ilmu bagi kegunaan mereka di masa hadapan.

Khamis, 6 November 2008

PEMBITARAAN PERJUANGAN AGAMA BANGSA NEGARA

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, pelbagai masalah dan dugaan telah timbul sama ada dalam masalah perselisihan dalam agama, bangsa dan pentadbiran dalam negara. Perselisihan dalam agama adalah berpunca dari kehendak dalam diri individu. Walaupun pada segi asas dan dasar ilmu agama itu adalah sama tetapi disebabkan oleh kepentingan seseorang itu maka agama dijadikan sebagai alat untuk menjadikan diri popular. Ini adalah disebabkan oleh sudah menjadi trend sejak dari dulu lagi masyarakat amat menghormati orang yang mempunyai yang mempunyai kelebihan dalam bidang keagamaan. Mereka digelar sebagai tok guru, tok lebai tok alim dan sebagainya. Namun begitu zaman kini telah nampak berubah, masuk aje satu pasukan yang kononnya membawa imej agama boleh naik pangkat jadi ustaz, dan pandai mengeluarkan fatwa dan pendapat yang kononnya adalah bersandarkan kepada sumber agama. Itu dari satu sudut pandangan.

Terdapat juga ada golongan yang pada hakikatnya tidak layak untuk menjadi pentadbir dan pemimpin tetapi disebabkan lobi yang kuat, kuat ampu dan kuat duit akhirnya dapat mentadbir organisasi. Tetapi apa yang menjadi kemuskilan adalah apakah ianya mempunyai kekuatan untuk merancang dan melaksanakan tanggungjawab yang telah diminta itu. Kerana sekiranya dalam merancang sesuatu program sekiranya ianya tidak dibuat mengikut displin yang betul maka pada hemat saya ianya hanyalah menjadi suatu pembaziran sama ada pembaziran dari segi kewangan mahupun masa dan tenaga. Sebagai suatu contoh suatu majlis yang nampak gah pada masa pelancaran, berjuta ringgit telah dihabiskan dengan memanggil VIP untuk merasmikan tetapi perancangan jangka masa panjang tiada maka saya rasa pelancaran hanya tinggal pelancaran sahaja. Oleh itu barang siapa yang ingin menjadi pemimpin mestilah seorang yang bijak merancang bukan hanya kerana banyak wang