Khamis, 6 November 2008

PEMBITARAAN PERJUANGAN AGAMA BANGSA NEGARA

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, pelbagai masalah dan dugaan telah timbul sama ada dalam masalah perselisihan dalam agama, bangsa dan pentadbiran dalam negara. Perselisihan dalam agama adalah berpunca dari kehendak dalam diri individu. Walaupun pada segi asas dan dasar ilmu agama itu adalah sama tetapi disebabkan oleh kepentingan seseorang itu maka agama dijadikan sebagai alat untuk menjadikan diri popular. Ini adalah disebabkan oleh sudah menjadi trend sejak dari dulu lagi masyarakat amat menghormati orang yang mempunyai yang mempunyai kelebihan dalam bidang keagamaan. Mereka digelar sebagai tok guru, tok lebai tok alim dan sebagainya. Namun begitu zaman kini telah nampak berubah, masuk aje satu pasukan yang kononnya membawa imej agama boleh naik pangkat jadi ustaz, dan pandai mengeluarkan fatwa dan pendapat yang kononnya adalah bersandarkan kepada sumber agama. Itu dari satu sudut pandangan.

Terdapat juga ada golongan yang pada hakikatnya tidak layak untuk menjadi pentadbir dan pemimpin tetapi disebabkan lobi yang kuat, kuat ampu dan kuat duit akhirnya dapat mentadbir organisasi. Tetapi apa yang menjadi kemuskilan adalah apakah ianya mempunyai kekuatan untuk merancang dan melaksanakan tanggungjawab yang telah diminta itu. Kerana sekiranya dalam merancang sesuatu program sekiranya ianya tidak dibuat mengikut displin yang betul maka pada hemat saya ianya hanyalah menjadi suatu pembaziran sama ada pembaziran dari segi kewangan mahupun masa dan tenaga. Sebagai suatu contoh suatu majlis yang nampak gah pada masa pelancaran, berjuta ringgit telah dihabiskan dengan memanggil VIP untuk merasmikan tetapi perancangan jangka masa panjang tiada maka saya rasa pelancaran hanya tinggal pelancaran sahaja. Oleh itu barang siapa yang ingin menjadi pemimpin mestilah seorang yang bijak merancang bukan hanya kerana banyak wang

Tiada ulasan: